SIKIT CARUTAN.. SIKIT JE! SERIOUS

Pink Moon | Pretty wallpapers, Cute wallpapers, Galaxy wallpaper






Bismillah assalamualaikum, salam sejahtera.. Jangan nak salam sangat lah yaa!!!! Social distancing!

Okeylah.. Since semua bab dah habis ditulis, meh aku cerita sikit, sikit jee okey pasal diri aku dan kelas KPF3013 iaitu Pengurusan Pembelajaran.

Nama aku, Khairul Fazly Ikmal Bin Khyrul Hafiza. Gambar? Tak payalah kot. Yang pasti orangnya manis je ahahahaah. Aku pelajar di Universiti Pendidikan No.1 di Malaysia gituw iaitu UPSI. Course aku pula biasa-biasa je iaitu Pendidikan Sains Pertanian. Sekarang aku semester 2.

Aku berasal dari Pahang Darul Makmur. Betullah orang Pahang helok-helok je semua. Pada 2020 ni aku baru berumur 20 tahun. Muda lagi, lambat lagi nak kahwin. Moto hidup aku " Hidup ni sekali je, buat je semua benda yang boleh dan buktikan aku boleh." Easy right.

Aku nak share 3 facts pasal aku lah ahhaha.. Pertamanya muka aku nampak sombong tapi aku masuk air gila bila kenal.Tak payah rapat pun takpe. Yang kedua, aku tak suka tegur orang dulu. Biasa orang kena tegur aku dulu baru aku tegur orang itu. Bila dia dah tegur aku, kalau jumpa memana dari jauh aku dah tegur dia ahahah. Lastly aku ni suka benda perfect. Kalau buat kerja pastikan 100% baru hantar. kalau buat cincai je baik tak payah. Kasi aku je buat. Macam tulah.. Okey dahlah pasal aku..

Sekarang aku nak cerita pasal kelas KPF yang serious talk seronok nak mampus! Lecturer kitaorang namanya Dr Izazol. Beliau sangat sangat sporting dan fun. Tak pernah lagi aku rasa tak nak pergi kelas KPS. Online ke masa kat kolej ke, mesti semangat je nak pergi.

Aku daftar kelas ni sekali dengan coursemate aku. Kesemua 26 kami dalam kelas yang sama, jadi boleh bayanglah betapa meriahnya kami ahahahaha Maaflah pelajar lain sebab selalu annoying dengan kami hehehe

Actually ramai je orang dalam kelas tu aku kenal. Nak kata dapat kawan baru, taklah sebab aku groupmate dengan coursemate aku juga. Sebab online kot. Kalau kelas betul mungkin ramai juga kot kenalan baru ahahah Aku ni jenis manusia suka sosial dan berkawan. Berkawan dengan semua jenis manusia without kira background, skin color, agama dan semua benda lah.

Aku harap sangat subjek ni dengan subjek lain aku boleh dapat A walaupun Online Learning je. Aku nak cuba kekalkan 4.00 sampai sem 8. Inshallah !! Aku doakan juga korang yang baca ni dapat A atau berjaya juga okey! Amin-

Aku rasa tu je carutan aku kot ahahaha.. Terima kasih. Assalamualaikum. Kita mesti menang!!


Comments