1 : PENGURUSAN MURID




A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Pengurusan murid memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Ianya merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengelolaan murid dan program secara berkesan, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.Pengurusan murid merangkumi aspek yang luas misalnya aspek displin, kejayaan akademik serta sahsiah murid. Pihak pentadbiran sekolah perlu melakukan perancangan terlebih dahulu agar pengurusan murid menjadi lebih teratur dalam menguruskan perkara-perkara lain seperti menguruskan rekod murid, kesediaan murid belajar dan juga memotivasikan pelajar. 

B)NOTA RINGKAS BAB 1 :

PERANAN GURU KELAS
1. Mengisi dan mengemaskini maklumat murid,ibubapa dan penjaga.
2. Memastikan murid keluar masuk sekolah dikemaskini.
3. Menyemak dan membetulkan ralat.
4. Melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Takbir.

KEPENTINGAN REKOD MURID:
1. Memantau kemajuan murid
2. Menjamin hubungan antara guru-ibubapa,dimana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
3. Membantu KPM mengenalpasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.

PERBEZAAN MURID
1. Perkembangan mental
2. Sikap dan minat
3. Kadar pertumbuhan fizikal
4. Status Sosio-Ekonomi
5. Jantina
6. Kecerdasan Individu

KESEDIAAN BELAJAR
= Keadaan murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu.
1. Kognitif
2. Afektif
3. Psikomotor

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI MURID DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Memahami objektif pembelajaran
2. Melibatkan diri secara aktif dalam PnP.
3. Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya.
4. Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid.
5. Masa untuk menyiapkan tugasan/berinteraksi.
6. Mendapat pengalaman kejayaan.
7. Menerima maklumbalas yang tepat dan realistik.

BANTUAN PEMBELAJARAN:
1. Bantuan Awal Persekolahan
2. Skim Perlindungan Murid (SPM)
3. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
4. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
5. Skim Bantuan Tusyen (SBT)
6. Racangan Makanan Tambahan (RMT)
7. Program Susu Sekolah (PSS)


C)NOTA PENUH BAB 1 :

https://drive.google.com/file/d/1A38aZ6SdLxT4Z0smHgLiEMVVBlCDasbp/view?usp=sharing

Comments