7 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Kepelbagaian asas budaya nasional | Astro Awani

A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:


B)NOTA RINGKAS BAB 7 :

Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang  pendidikan  kepada semua  murid yang  berbeza  daripada aspek  etnik,  keturunan, bahasa, adat  resam  dan budaya untuk  mendapat pendidikan  yang  adil dan sama  rata  dan berinteraksi  serta  memahami  setiap  rakan  dalam  bilik darjah  dengan baik. Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Pelbagai budaya juga di definisikan sebagai satu sistem kepercayaan yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam sesebuah kelompok organisasi atau masyarakat yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Lantaran itu, sesebuah masyarakat itu harus menerima dan menghargai perbezaan sosial budaya tanpa mengira kaum.

Dalam pengurusan pelbagai budaya mempunyai tujuannya iaitu untuk mengwujudkan kesedaran serta toleransi  serta pemahaman  tanpa mengira perbezaan kaum serta agama dalm sesebuah organisasi.

DEFINISI BUDAYA


  • Budaya merujuk kepada  ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. (Amir 2002)
  • Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat. (Tylor 1871)
  • Budaya adalah pproses sosial di mana budya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990)

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA

 - Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian daalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan meenghargai perbezaan sosiobudaya, dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau msyarakat berkenaan.


TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA

1. Melting pot 1 : Anglo Conformity
2. Melting pot 2: Ethic synthesis
3. Cultural pluralism :: Mosaic Analogy


PENDIDIKAN  PELBAGAI BUDAYA


  • Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam Institusi Pendidikaan (Banks,1989)
  • Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai  latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa dan budaya.
  • Hal ini menunjukkan keewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
  • Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri--ciri ras ( Sahha,,1997).
DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA


1. Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
2. The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
3. An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
4.  Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
5. An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

AKTA PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

1. LAPORAN BARNES ( 1951 )
2. LAPORAN FENN-WU ( 1951 )
3. ORDINAN PENDIDIKAAN ( 1952 )


Aktiviti Memupuk Perpaduan dalam Pendidikan

1. Kelab Rukun Negara
2. Kem Perpaduan
3. Program Silang Budaya
4. Kelab Bahasa Ke-3

C)NOTA PENUH BAB 7 :

https://drive.google.com/file/d/1F7Wn8Spn2G1SzGmNHpYWZvdY1X6STBOg/view?usp=sharing

Comments