10 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

4 Questions to Help Create a Socially Conscious Classroom


A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Pengurusan alam pembelajaran adalah proses pembelajaran merupakan salah satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pembelajaran. Pengurusan pembelajaran merangkumi segala persediaan seperti persediaan tempat pembelajaran yang kondusif. Alam pembelajaran bermaksud keaadan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak- kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas.


Guru bukan sahaja berperanan untk mengajar, malahan guru juga memegang tanggungjawab sebagai seorang pengurus. Hal ini meliputi mengurus bilik darjah, mengurus murid, mengurus keadaan fizikal bilik darjah, mengurus bahan-bahan mengajar dan sebagainya. Kecekapan seorang guru sebagai pengurus menyumbang kepada emosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai. Asas kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran dalam bilik darjah ialah pengetahuan guru tersebut mengenai latar belakang murid. 

Dalam konteks ini, guru perlu mempersiapkan diri dalam menempuhi alam sebagai seorang guru pelatih. Hal demikian kerana, guru pelatih amat memerlukan disiplin yang tinggi. Ini kerana, seorang guru pelatih merupakan individu yang berada dalam pemerhatian. Oleh yang demikian, guru pelatih perlu peka dan cakna akan sesuatu situasi. Mereka juga perlu tahu cara untuk menguasai/mengawal kelas. Sekiranya hal ini gagal dilaksanakan, ia akan menyebabkan guru pelatih tersebut gagal mencapai standart yang ditetapkan.

B)NOTA RINGKAS BAB 10 :

KEPERLUAN PERANCANGAN P&P

1. Memenuhi masa yang diperuntukkan
2. Menepati kehendak objektif/matlamat
3. Berkesan sepanjang waktu pengajaran
4. Menarik perhatian dan tidak membosankan

BUKU REKOD MENGAJAR

1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.

KOMPENAN P&P

1. Objektif pengajaran
2. Strategi pengajaran yang sesuai
3. Bahan bantu pengajaran
4. Maklum balas pelajar
5. Penilaian

SUMBER-SUMBER P&P

1. Buku teks
2. buku rujukan
3. buku latihan
4. Lampiran nota
5. Alat audio visual
6. LCD
7. Komputer / tv
8. Peta / gambarajah

PENGURUSAN KELAS

Guru bertanggungjawab :

- menguruskan rutin kelas
- menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
- menyedia dan melaksanakan rutin kelas
- mengutip yuran
- memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini
- menjalankan tugas-tugas lain
- mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian
- mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi
  peraturan kelas
- mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P



PERSEDIAAN SEBELUM MENGAJAR

1. Penulisan persediaan mengajar
2. Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar
3. Persediaan bahan pengajaran
4. Persediaan peralatan pengajaran
5. Persediaan ruang pengajaran
6. Persediaan kemahiran dalam pengajaran

PENYELIAAN PENGAJARAN AMALI

1. Pengenalan
2. Tunjukcara oleh guru
3. Agihan kerja pelajar
4. Penyeliaan aktiviti amali
5. Penilaian / refleksi aktiviti amali
6. Pembersihan makmal
7. Penutup


C)NOTA PENUH BAB 10 :

https://drive.google.com/file/d/13eYYUyMnouORIWwa9KUCrrLzxdqX3G_V/view?usp=sharing

Comments