3 : PENGURUSAN SUMBER


A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber merupakan aktiviti pembelajaran yang memberi penekanan kepada sumber pendidikan.PBS berhasrat untuk melibatkan pelajar belajar secara aktif dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan.PBS memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan dan lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.Selain itu,PBS boleh mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat. 



B)NOTA RINGKAS BAB 3 :

KONSEP PUSAT SUMBER
= Suatu tempat,perkhidmatan,koleksi bahan dan agen perubahan.

FUNGSI PENGURUSAN SUMBER :

- Informasi
- Inspirasi
- Rekreasi

OBJEKTIF PUSAT SUMBER:
1. Kecemerlangan Pendidikan
2. Penggunaan kemudahan
3. Pemupukan tabiat belajar
4. Penghasilan bahan
5. Perkhidmatan pembelajaran
6. Kemahiran maklumat

FUNGSI PUSAT SUMBER:
1. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kokurikulum dan kokurikulum.
2. Berkhidmatan sebagai pengumpulan bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam PnP.
3. Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan.
4. Pintu masuk maklumat dari agensi luar.
5. Mendapatkan panduan mencari, menggunakan , menghasilkan dan mempersembahkan maklumat keperluan kokurikulum.
6. Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7. Pengembangan kemahiran pembelajaran kendiri.

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN :
1. Warga sekolah tahu dan kenal pengurusan PSS.
2. Terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS.
3. Perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses Pdpc.
4. Lokasi PSS di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi.
5. Warga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS.
6. Warga sekolah faham peranan PSS sebagai perkhidmatan bantu kokurikulum.
7. Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik

BAHAN DAN PERKAKSAN
=SUMBER=

1. Perkakasan
2. Bahan - Bercetak
                 - Bukan bercetak

=KOLEKSI PSS=

- MEDIA : Cetak , tayangan , perisian, bahan 3 demensi
-BAHAN CETAK : Nota, majalah, gambar foto, surat khabar, kertas kerja, buku bergambar, buku rujukan, buku fiksyen
-BAHAN BUKAN CETAK : Bahan 3 deminsi, carta, perkakasan , permainan, perisian, bahan kos murah

C)NOTA PENUH BAB 3 :

https://drive.google.com/file/d/1GylkxyOyd4bYHSzgfrDIKVEY3554fZjb/view?usp=sharing

Comments