5 : PENGURUSAN DISPLIN



A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

 Bidang pendidikan merupakan salah satu tunjang utama untuk memajukan lagi pembangunan negara. Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin pelajar ketika di sekolah. Oleh itu, murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa dan dapat berkhidmat kepada negara kelak. Atas dasar ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Justeru, hal ehwal disiplin pelajar mestilah diambil berat oleh pihak sekolah.Oleh itu, pihak sekolah haruslah bertindak lebih proaktif lagi dalam merancang langkah yang lebih efisien dan efektif dalam mengatasi isu salah laku pelajar di sekolah. Pihak sekolah perlulah bekerjasama dengan ibu bapa untuk bersama-sama mendidik pelajar di dalam dan juga di luar sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk menjadi moderator atau pemantau disiplin pelajar.


B)NOTA RINGKAS BAB 5 :

- Guru besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas displin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.

HUKUMAN KE ATAS MURID MENGHISAP ROKOK :

1 : Rotan 1 kali
2 : Rotan 2 kali
3 : Rotan 3 kali
4 : Gantung ( Kurang atau sama 14 hari)
5 : Buang sekolah

SISTEM E-SSPM V2.0
- Penambahbaik sistem SSDM sedia ada .
- Dengan memasukkan eleman mata dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

TUJUAN:
1. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
2. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan displin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
3. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan displin dibantu sepenuhnya oleh guru besar dan penolong kanan.
4. Menjalinkan rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Displin / GPK HEM, pengetua, murid-murid dan penjaga.
5. sebagai pangkalan data displin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

PROSES KERJA
- Perekodkan kesalahan laku
- Perekodkan Amalan Baik

OPERASI SISTEM
- WEB ( Online )
- Android

C)NOTA PENUH BAB 5 :

https://drive.google.com/file/d/1xDPVaiedvNmxQs6TEcp_eWg9DxLOQjkG/view?usp=sharing

Comments