8 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Pengurusan Pembelajaran-Kps3014-fpm-upsi : BAB 11- PENGURUSAN ...



A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas itu sendiri merujuk kepada program yang dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Kajian mengeni pengurusan murid pelbagai upaya ini memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. 

Program pemulihan dan pengayaan diwujudkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memastikan murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran mampu untuk belajar sekiranya guru-guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sewajarnya. Manakala pelbagai kecerdasan  ialah teori yang diperkenalkan oleh seorang tokoh barat iaitu Howard Gardner. Teori ini membincangkan tentang pelbagai keupayaan yang dimiliki oleh murid yang mempunyai kecerdasan dan kepintaran luar biasa. Aspek keempat yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah bekeperluan khas. Melalui topik ini, pelbagai masalah pembelajaran dibincangkan seperti masalah disleksia, hiperaktif, sindrom down, autisme dan kerencatan mental. Selain itu, aspek murid pintar cerdas juga turut diberi penekanan dalam kajian ini.

B)NOTA RINGKAS BAB 8 :

PEMULIHAN

- Program pemulihan merupakan "satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalaah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus."
- Murid pemulihan merupakan "Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif." 

KONSEP PEMULIHAN


  • Mengutamakan prinsip  'meenyelesaikan masalah seawal mungkin' supaya tidak kronik.
  • Perbezaan minat, pengalamaan, bakat dan gaya belajarr mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
  • Melalui program pemulihaan khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

1. Rendah diri
2. Pasif
3. Menganggu rakan
4. Kerap tidak hadir sekolah
5. Lemah pemahaman
6. Malas
7. Cepat bosan
PERANAN GURU

- Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
- Membentuk personaliti baik dalam diri setiap murid orang.


PINTAR CERDAS

    Menurut Ross (1993) , pelajar yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

CIRI-CIRI PINTAR CERDAS

1. Perbendaharaan kata yang lebih luas
2. Mempunyai kematangan darii segi penggunaan istilah
3. Keistimewaan dalam Matematik
4. Mencari kesempurnaan kendiri
5. Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah
6. Petah berkomunikasi.

AUTISME

- Kecelaruan Neurologikal otak sehingga menjejaskan fungsi otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan komunikasi, sosial dan emosi.

CIRI-CIRI AUTISME

1. Sukar berkomunikasi
2. Mengelak  untuk bertentang mata
3. Emosi tidak seimbang.
4. Mencedera diri sendiri
5. Sukar memahami orang lain
6. Pasif

DISLEKSIA

- Keadaan di mana seseorang mengalami masalah membaca yang amat serius. Istilah lain yang digunakan untuk mengambarkan masalah ini ialah buta huruf.

CIRI-CIRI DISLEKSSIA

1. Disparaxia ( masalah koordinasi motor-mata-tangan )
2. Disskalkulia ( merujuk kepada  masalah matematik )
3. Dissgrafiaa ( merujuk kepada bahasa )

TEORI KECERDASAN BERBAGAI

1. Kecerdasan Logik-Matematik
2. Kecerdasan Verbal-Linguistik
3. Kecerdasan Muzik
4. Kecerdasan Kinestatik badan
5. Kecerdasan Interpersonal
6. Kecerdasan Ruang Visual
7. Kecerdasan Natutalis
8. Kecerdasan Eksistensialis

C)NOTA PENUH BAB 8 :

https://drive.google.com/file/d/1RpjIBGQmNthlCzgO1c99884N3ckxtvFw/view?usp=sharing

Comments