11 : PENGURUSAN ANTI DADAH

Sh Yn Design: Poster Program Anti-Dadah


A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikanpencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salahsatu objektif Dasar Dadah Negara. Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utamaiaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.


 Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/ AIDS akan sampai kepada warga sekolah. Pendidikan Pencegahan Dadah perlu diterapkan dalam kalangan semua pelajar supaya dapat memupuk nilai agama dan moral yang tinggi kerana nilai ini akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Pelajar hari ini bakal menempuhi pelbagai halangan dan cabaran yang mengugatkan dan melonggarkan jati diri mereka. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan para pelajar di sekolah tidak terjebak dengan penagihah dadah. Selain itu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) juga terlibat dalam program pencegahan dadah di sekolah dan universiti. Usaha ini mendapat kepujian daripada Kementerian Pendidikan kerana terlibat sekali dalam usaha mencegah penglibatan dadah dalam kalangan pelajar


B)NOTA RINGKAS BAB 11 :

PRINSIP PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH:

1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
2. PPDa adalah untuk semua murid,guru,kakitangan sekolah dan ibu bapa.
3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
4.  Pendidikan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
5. PPDa adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
6. PPDa hendaklah menjurus ke arah 'Sekolah Bebas Dadah'.

PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS)

- 1 aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah.

OBJEKTIF 

1. Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah.
2. Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat.
3. Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-rakan dan masyarakat.

KUMPULAN SASARAN
- Semua murid sekolah

KAEDAH
1. Perhimpunan
2. Ceramah
3. Kempen
4. Pameran

UJIAN URIN MURID
- Mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.

OBJEKTIF
1. Mengesan murid yang terlibat dengan dadah.
2. Memberi bimbingan PPDa kepada murid yang positif.

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Menggunakan kertas jalur (saringan)
2. Ujian Pengesahan (makmal)

AKTIVITI KOKURIKULUM 

1. Mesej jauhi dadah
2. PPDa dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
3. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
4. Ceramah Antidadah
5. Pameran Antidadah
6. Skim Lencana Antidadah
7. Perkhemahan Skim Lencana Anti Dadah
8. Aktiviti Seni Jauhi Dadah

PEMBENTUKAN SAHSIAH PPDa

1. Kemahiran Personal / Interpersonal
2. Kaunseling PPDa
3. Program Intervensi Pelajar (PIP)
4. Korikulum Kepimpinan PPDa
5. Program Waja Diri
6. Seminar PPDa Menengah Atas
7. Program Keibubapaan

C)NOTA PENUH BAB 11 :

-----------

Comments