2 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Aspek ini melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran dan kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu bijak menggunakan teknologi dalam PAK21 serta teliti dalam melakukan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi

Oleh itu, guru perlu menguasai tiga faktor yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, iaitu Ilmu, Strategi dan Kemahiran. Tiga faktor tersebut harus dikuasai oleh guru bagi memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan terkawal. Pengurusan bilik darjah juga berkaitan dengan aspek fizikal, mental dan murid dimana ia mempengaruhi keinginan mereka untuk sama ada belajar di dalam kelas atau tidak.


B)NOTA RINGKAS BAB 2 :

BILIK DARJAH:

- Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut.
- Aktiviti melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa dan bahan pembelajaran.
- Akitiviti:
 a. Aktiviti pembelajaran
 b. Fizikal
 c. Psikososial

PENGURUSAN BILIK DARJAH:
- Proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakkan komunikasi dan interaksi antara murid.
- Tujuan: Memudahkan cara/mengandalikan pembelajaran murid di dalam kelas.

TUGAS MENGAJAR GURU:
1. Penyampaian ilmu
2. Pengurusan Bilik Darjah

PENGURUSAN BILIK DARJAH BERKESAN:
1. Mengalakkan tingkahlaku murid yang sesuai.
2. Membentuk suasana pembelajaran yang positif.
3. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
4. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan Optimum.
5. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran.
6. Mengurangkan masalah displin
7. Pengurusan rutin yang berkesan.
8. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.

PERSEKITARAN FIZIKAL
1. Selamat
2. Perkembangan
3. Identiti Simbolik
4. Ketenangan

PROSES PSIKOSOSIAL DALAM BILIK DARJAH
- PSIKOSOSIAL = Hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosial.

FAKTOR:
1. Pendekatan Pengajaran
2. Gaya kepimpinan guru
3. Bentuk komunikasi dan Interaksi dalam Bilik Darjah

BAHAN PENGAJARAN:
- Apa sahaja yang digunakan dalam PnP merangkumi alat dan isi pengajaran.
- Terbahagi kepada 2 :
 a. Bahan hidup (Manusia,haiwan)
 b. Bahan bukan hidup ( elektronik dan bukan elektronik)

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
1. Pusat (LP)
2. Sekolah/Bilik Darjah (BDK)
3. Jasmani (BKK)
4. Psikometrik (BPSH)


C)NOTA PENUH BAB 2 :

https://drive.google.com/file/d/1micyWdqcKOra5Rkonz6Kl_NQ5xhZ2RVe/view?usp=sharing

Comments