6 : PENGURUSAN BIMBINGAN PENASIHATAN



A)RUMUSAN RINGKAS MENGENAI BAB INI:

Bab ini menerangkan mengenai pengurusan sekolah yang berkait rapat dengan kaunseling.Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.

Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.

Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.



B)NOTA RINGKAS BAB 6 :

DEFINISI BIMBINGAN

- Bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu adri setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow, 1960)
- Suatu proses untuk membantu individu mmemahami dirinnya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh mengggunakan keebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi,1966)
- Cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman unntuk membantu pelajar memahami diri ( Amla et al, 2006)

CIRI-CIRI BIMBINGAN

1. Bimbingan  merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
2. Bimbingan merupakan proses membantu indiividu aatau kunpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
3. Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memahkan permasalahan yang dihadapinya.

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

FASA 1 : Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
FASA 2 : Menguasai Kemahiran-kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan
FASA 3 : Proses Mengenali pelajar
FASA 4 : Proses nenbimbing pelajar
FASA 5 : Fasa analisis penilaian

DEFINISI MENTORING

- Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara indvidu ke individu/ramai yang akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.
- Membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dadpat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan. Sarah Fletcher (2000)
-  Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor) diberikan tanggungjawab untuk membantu guru baru (mantee) mendalami perkembangan profesional.

CIRI-CIRI MENTORING

- Proses pembelajaraan yang aktif buat mantee
- Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berterusan.
- Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
- Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
- Bertimbangrasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan
- Menerima kesilapan yang boleh diterima

PROSES MENTORING

1. Menjalinkan perhubungan
2. Merundingkan persetujuan/perjanjian
3. Perkembangan professional mantee
4. Menamatkan perhubungan

C)NOTA PENUH BAB 6 :

https://drive.google.com/file/d/164myQx6UNC5sfd-L378LOfjYQwcutrdL/view?usp=sharing

Comments